.:my sayangs:.

Sunday, January 6, 2013

Last !



v
v
v
v
v
v


#Np ost duri by shahir


Saya ni pesen if dah minat lagu tuu saya akan repeat sampai
saya hafal . tahu ? so try dengar jugak . hihi


Okay back to that picture . Apa yang korang paham ? Haa


I have my own life . same tak ? same tak ? tu makan dia .
Hidup ni kalau asyik menuduh orang pon tak boleh jugak kannn .
Hal yang sama diulang2 . nenek saya pon tahu bosan duhh ~


Hai kawan . kalau dah benci delete je nombor fone aku . tak payah lah
nak whatsapp benda buat aku sakit hati . migrain tahu ?


Kawan dengan kau ? bukan nak menyesal ke ape kat cuma aku nak
nyatakan memori itu indah . gambar boleh menceritakan . tak mungkin
dipadam tapi tinggal kenangan . kau ada hidup kau dan aku ada hidup aku .
penat lah bergaduh . berdamai lagi elok kann .

Sebab walau macam mana pun aku orang yang pernah hadir dalam hidup
kau , kau pun orang yang pernah hadir dalam hidup aku . 
tapi sekarang
berkawan bukan lagi pilihan kita tapi janganlah bermasam
muka sampai ke tua . aku maafkan segalanya .


Cukuplah apa yang dah jadi babe . kita lupakan !
Harap kau paham macam mana kau mintak aku paham kau .


v
v
v


v
v
v


Kaki ini akan terus melangkah . jyeahhhhhhhhh :D



Sekian ~









Saturday, January 5, 2013

Kesayangan (:

v
v
v

   
 v
v
v


Yeahhh ! look at this picture make me like crazy girl . haha xD


Maybe nampak hanya gambar kann ? tapi sebaliknya anda tidak tahu hehe .
Really miss this moment . Can't wait to meet you next week ^^


#Dulu kini dan selamanya . insyaAllah :)








Friday, January 4, 2013

Kerana terlalu cuba .



Semalam saya cuba memahami hidup . semalam saya faham bahawa kita perlu 
waktu yang lama untuk memahami hidup . perlu banyak kejadian dalam hidup . 
perlu banyak air mata , keringat , darah untuk memahami banyak tentang hidup 
tapi saya agak kurang faham kenapa kita perlu wujud perasaan iri terhadap 
kebahagiaan orang lain dan perlu wujud sikap terlalu terburu-buru 
menghakimi hidup . kenapa ?



Setiap kita rupanya wujud dengan cara berbeza . tidak kah anda perasan itu ? 
manusia telah diwujudkan berbeza oleh Allah tetapi itu bukanlah cara untuk 
kita 'judge' orang lain sesuka hati . bukan !



Pendapat saya bukan semua benda kita kena cerita dan tak semua benda 
orang patut tahu tapi saya ni kadang masalah jugak sebab saya terlalu suka
berahsia . niat saya cuma tak mahu menyakiti . saya cuba sedaya upaya 
untuk menjaga hati sekeliling walau saya tahu biasanya saya sendiri akan 
tanggung sakit sendiri . tapi saya sedar saya cuma manusia biasa yang 
tak lari dari melakukan salah , yang mana saya tanpa sedar akan menyakiti 
yang lain . dan mereka sentiasa bersabar dengan sikap degilnya saya . 



Itulah sebab orang kata disebalik kekurangan satu sama lain wujudnya 
perkongsian . pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi cuma kita sebagai 
manusia kurang sabar untuk mengetahuinya . kerana itu kita sendiri telah 
memberi dan membuat sesuatu yang diluar jangkaan lain . bagi saya 
teruskan hidup dan senyum . kerana senyum penawar segala-galanya . 
percayalah sayang :D


.
.
.



teruskan langkah melupakan ^^