.:my sayangs:.

Sunday, July 28, 2013

Ramadhan yang berbeza ~


Makin hari rasa makin boleh terima .
Ye senyum sentiasa tapi hati sendiri jugak rasa . Ecehhhh


Raya tinggal membilang hari . Dan saat ni sedang
memikirkan hari hadapan .  Mungkin


Rindu pasti ada .
Sayang wajib sentiasa .
Lupa tak pernah ada dalam kamus hidup .
Tak tahu lah anda bagaimana .
Kita manusia berbeza .


Yup . Berbeza cara .
Berbeza rasa .
Berbeza pendapat .
Berbeza amat dari segi segalanya .
Kannnn ?


Kadangkala nampak teguh tapi lemah .
Kadangkala nampak lemah tapi teguh serupa klcc .
Itulah jangan 'judge'


Hanya Allah mengetahui segalanya :)


Janji ? Tak akan percaya selagi tak terjadi .
Manusia boleh berkata . Mudah
Tapi tak semudah untuk tunaikan janji .
Jangan ditelan kata kata sendiri sudah .


Wahai kesayangan .
Saya amat rindukan anda . Walaupun
Hmm saya sudah kecewa sebenarnyaaaaaaaa . 
Izinkan lah hati saya mencari yang tepat .
Moga anda bahagia dan saya lebih bahagia . Ehh ?
*muka berharap*


Saya sayang anda ya sayang .
Jaga diri .


Semoga ramadhan kali ni bermakna dari yang lepas .
Semoga raya kali ni lagi superb .
Maafkan segala salah saya .



Assalamualaikum .



Wednesday, April 24, 2013

Jangan tanya kenapa masih .



Cerita cinta yang tak kesampaian

Bukan mudah untuk meneruskan kehidupan setelah
apa yang dirancang tidak berjalan seperti yang dikehendaki .
Tapi apakan daya . Kita sebagai manusia hanya mampu
merancang . Allah yang menentukan segalanya . Tak gitu ? 

Belajarlah menerima hakikat *angguk kepala*

Mungkin bukan aku seorang sahaja yang pernah lalui macam ni .
Bukan laa nak kata apa tapi selalunya susah kita nak
buka hati untuk orang lain . Pelik tak pelik laa

Bila ditinggalkan

Rasa nak bunuh diri pun ada . Tapi alhamdulillah
masih ada akal fikiran yang baik . Mak ayah pun masih ada .
Dan kawan kawan yang tak pernah penat bagi nasihat .

Sampailah boleh ada kekuatan 'luar biasa' seperti ini .
Tak percaya bukan . I'm still good friend with my ex . 
Yeahhh hakikatnya lah kan . Tapi hanya tuhan yang tahu macam
mana nak lawan perasaan dulu dan sekarang .
Kalau tak berani jangan cuba ya ~

Sebab bila difikirkan

Bukan senang okay tahan diri untuk tak contact . Sebab
dulu disitulah tempat mengadu . Disitulah berkongsi segala cerita .
Tak kira suka atau duka . Tanpa rahsia satu pun .
Kadang kala bila terpikir ahhhh sedih . Iskk

Masa semakin berlalu pergi

Sedar tak sedar selepas dia tidak ada seorang pun yang
melekat dihati . Semua dianggap teman biasa . Bukan 
nak memilih tapi entahlah . Diri sendiri tak
punya jawapan . Pelik bukan ?

Memang kenkadang betul kata orang
Biarkan someone masuk dalam hati kita dan biarkan
ex pergi jauh dan jauh . Sekaligus kita boleh
lupakan . Tapi itu bukan cara aku lah . 
Tak gentelman lerr . Ehek

Harini aku terasa ada something yang masuk dalam
otak hati dan fikiran . Terbukak mata seluasnya . Eh ?
Tapi jujur kenangan bersama sentiasa datang dalam ingatan .
Kenapa susah sangat nak lupakan -.-

Macam macam cerita antara kami . 8 tahun . Bukan 8 minit !
Dari kecil hingga 
besar . Mungkin kenangan itu cukup diingati
tapi 
masa yang ada tidak cukup untuk aku lupakan
semuanya tu . Tak pernah cukup .

Rasanya kalau diberikan 10 tahun lagi pun belum tentu aku
dapat lupakan siapa dia . Sampaikan aku sendiri tak
sedar dah lama mana break dengan dia . Hm 

Sebab terasa semalam masih dengan dia lagi . Ahai
Semuanya masih segar di ingatan woi .





Nampak tak  kesedihan tu . Macam yang aku cakap
tadi kami dah berpisah . Tapi aku ni stil dengan
kenangan yang ada antara aku dan dia .

Memang betul kata orang . Biar masa menentukan
segalanya . Biar masa pulihkan semuanya .

Bagi aku tak pernah cukup lagi waktu ni nak lupakan dia .
Mungkin perlukan bertahun lagi . Tak pun 2 , 3 bulan
lagi . Siapa tahu kan . Aku pun dah tak mampu
nak ingat semua ni . Harap harap

Apa yang aku mampu buat sekarang senyum 
dan sabar menanti yang sebenar Allah takdirkan untuk
aku . Untuk dia . Semoga bahagia dengan jalan yang anda pilih
dan maafkan saya sebab masih tak mampu melupakan .





Terima kasih untuk segalanya awak .
*senyum*



Assalamualaikum :')