.:my sayangs:.

Wednesday, August 11, 2010

shwEet :)

 

9 sifat wanita yg lelaki suka..

 

Keibuan




Banyak lelaki yang terpikat pada 
wanita yg bersikap keibuan,lembut,
mengambil berat dan penuh kasih 
sayang. Wajah yang keibuan mampu
membuat lelaki berasa tenteram 

ketika sedang stress, cemas dan 
gelisah dan senang hati ketika mahu 
bermanja. Jangan tunggu sampai
melahirkan baru nak tonjolkan sikap 

keibuan. Setiap wanita ada potensi 
keibuan dalam diri masing2.

 


Keanak-anakkan

 

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-
anakan seorang wanita menjadi daya 
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa 
terhibur dengan keletah anda. Tetapi 
tentulah bukan sifat keanak-anakkan
yg melampau dan menyakitkan hati 

tetapi sikap keanak-anakan yang 
menyenangkan. Misalnya,kemanjaan 
wanita yang membangkitkan naluri
kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita 

ceria membuat lelaki lebih berghairah.

 


Penuh Pengertian

 

Sikap pengertian wanita membuat 
lelaki berasa dihargai dan diterima 
seadanya. Sikap ini tercermin dari 
perasaan mudah memaafkan,memilih 
waktu yang tepat utk berbincang 
masalah dan sebagainya. Contohnya
ketika lelaki melakukan kesilapan, 

wanita yang berpengertian tidak 
terus mengeluarkan kata2 yang 
kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya
cuba mengerti duduk persoalannya.

 


Menghargai

 

Wanita yang menghargai lelaki 
adalah wanita idaman lelaki. Berbeza 
dgn wanita yg suka diperlakukan 
dgn lembut, lelaki suka dihargai,
dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi 

kepercayaan. Penghargaan dari 
wanita membuat lelaki berasa bangga.

 


Menjaga Penampilan
 


Lelaki menyukai wanita yang 
pandai menjaga penampilannya 
agar sentiasa kelihatan cantik,
bersih,kemas dan menarik.

Penampilan yg baik menunjukkan 
wanita tersebut menghargai  
dirinya.Dia akan murah senyuman, 
pandai merawat tubuhnya,meningkatkn 
kualiti hidupnya dan memberi yang 
terbaik kepada dirinya.Dia suka 
dan bersyukur dengan dirinya dan secara
tidak langsung memancarkan pesona yg
menyebabkan lelaki juga menyukainya.

Apabila sudah berumahtangga,wanita 
tersebut terus menjaga penampilan 
dirinya dan kesihatan tubuh badan walau 
sudah beranak-pinak.Siapa yang tidak 
suka isteri yg masih kelihatan cantik dan
ramping walau dah punya anak 3?

 


Pandai berbicara

 

Lelaki tertarik dgn wanita yang 
pandai berkomunikasi dan boleh 
diajak berbual. Walau topik 
perbualan yang disukai lelaki brbeza 
dgn topik kegemaran wanita,wanita 
tersebut dapat  mengimbanginya. 
Dia bukan sekadar teman berbual 
yg pasif, tetapi dapat memberi respon
dan pendapat yang baik. Dia juga 

tahu menjadi pendengar yang 
baik,serta mengalihkan topik yg agak 
serius kepada perbualan yang lebih
menarik. Lelaki juga suka dengan 

wanita yg suka bergurau dan 
pandai berjenaka serta boleh
menerima jenaka lelaki dgn 

baik dan berfikiran terbuka

 


Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

 

Wanita yang pandai bergaul 
dan menyesuaikan diri mempunyai 
nilai lebih di mata lelaki. Wanita 
trsebut tahu menghadapi orang yang 
lebih tua dan cara berhadapan 
dgn orang yg lebih muda.Apabila 
berhadapan dgn suasana yang baru,
wanita tersebut tidak gentar malah 

cepat menyesuaikan diri. Dia mudah 
diajak ke mana saja dan tidak kekok 
samada di bandar atau di kampung.

 


Menghormati Diri Sendiri

 

Lelaki suka dgn wanita yg 
menghormati dirinya sendiri 
sebagai seorang wanita,bersikap 
sopan dan mempunyai etika. 
Wanita yang menghormati dirinya 
sendiri mempunyai keyakinan 
dan tahu apa yg baik dan buruk 
diperlakukan oleh seorang lelaki 
terhadap dirinya.Jadi dia tahu 
apa yg dia inginkan dan mahu 
elakkan serta menjaga maruah 
dirinya.Dia tidak akan merendah-
rendahkan dirinya dan tidak 

akan membiarkan lelaki 
memperlakukan dirinya sesuka hati

 

Simpati dan prihatin

 

Lelaki suka wanita yg murah
hati,mengambil berat,simpati 
pada nasib yang susah, sayangkan
kanak-kanak dan tidak memilih 

bulu. Kebaikan yang wajar 
dan spontan mencerminkan 
hati yang mulia.Ada kecantikan 
dalaman pada dirinya yang
memancar keluar dgn indah 

dan mempesona..




:: okelaa,,samat mencoba sume.. haha XD

a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m :)

No comments: