.:my sayangs:.

Monday, September 30, 2013

Semoga selamat pergi selamat balik mummy :*



Alhamdulillah rezeki mak untuk pergi haji awal .
Dan Alhamdulillah sekali dengan aunty .
Hope semuanya berjalan lancar disana .
Jaga diri bebaek .


We will missing you mummy :D


v
v
v


Love youuuuuuuuu ^^

v
v
v



v
v
v

Kami doakan mak dan aunty mendapat
segala keberkatan disana . 
Semoga segalanya akan baik baik sahaja .


Semoga mendapat Haji yang mabrur .
Amin ya rabbal alamin :)



TAKE CAREEE !



Jangan lupakan kami disini hehehehe .
Assalamualaikum ~







Sunday, August 4, 2013

Raya around the corner .


Last corner of ramadhan .
Hopefully we meet again next year .


Selamat hari raya semua in advance . Hahaha


Ampun maaf dipinta .
Halalkan makan dan minum .
Salah dan silap .
Dari hujung rambut hingga hujung kaki .
Eh eh ? :)


Raya jemput datang rumah . Hiks
Tapi takde duit raya lerr .
So today will be the last day shopping .
Kannn ? *yeayyyy*


Marilah mengopakan duit sebelum raya . Ahaha
Off to shopping ^^


Assalamualaikum .



Sunday, July 28, 2013

Ramadhan yang berbeza ~


Makin hari rasa makin boleh terima .
Ye senyum sentiasa tapi hati sendiri jugak rasa . Ecehhhh


Raya tinggal membilang hari . Dan saat ni sedang
memikirkan hari hadapan .  Mungkin


Rindu pasti ada .
Sayang wajib sentiasa .
Lupa tak pernah ada dalam kamus hidup .
Tak tahu lah anda bagaimana .
Kita manusia berbeza .


Yup . Berbeza cara .
Berbeza rasa .
Berbeza pendapat .
Berbeza amat dari segi segalanya .
Kannnn ?


Kadangkala nampak teguh tapi lemah .
Kadangkala nampak lemah tapi teguh serupa klcc .
Itulah jangan 'judge'


Hanya Allah mengetahui segalanya :)


Janji ? Tak akan percaya selagi tak terjadi .
Manusia boleh berkata . Mudah
Tapi tak semudah untuk tunaikan janji .
Jangan ditelan kata kata sendiri sudah .


Wahai kesayangan .
Saya amat rindukan anda . Walaupun
Hmm saya sudah kecewa sebenarnyaaaaaaaa . 
Izinkan lah hati saya mencari yang tepat .
Moga anda bahagia dan saya lebih bahagia . Ehh ?
*muka berharap*


Saya sayang anda ya sayang .
Jaga diri .


Semoga ramadhan kali ni bermakna dari yang lepas .
Semoga raya kali ni lagi superb .
Maafkan segala salah saya .



Assalamualaikum .



Wednesday, April 24, 2013

Jangan tanya kenapa masih .



Cerita cinta yang tak kesampaian

Bukan mudah untuk meneruskan kehidupan setelah
apa yang dirancang tidak berjalan seperti yang dikehendaki .
Tapi apakan daya . Kita sebagai manusia hanya mampu
merancang . Allah yang menentukan segalanya . Tak gitu ? 

Belajarlah menerima hakikat *angguk kepala*

Mungkin bukan aku seorang sahaja yang pernah lalui macam ni .
Bukan laa nak kata apa tapi selalunya susah kita nak
buka hati untuk orang lain . Pelik tak pelik laa

Bila ditinggalkan

Rasa nak bunuh diri pun ada . Tapi alhamdulillah
masih ada akal fikiran yang baik . Mak ayah pun masih ada .
Dan kawan kawan yang tak pernah penat bagi nasihat .

Sampailah boleh ada kekuatan 'luar biasa' seperti ini .
Tak percaya bukan . I'm still good friend with my ex . 
Yeahhh hakikatnya lah kan . Tapi hanya tuhan yang tahu macam
mana nak lawan perasaan dulu dan sekarang .
Kalau tak berani jangan cuba ya ~

Sebab bila difikirkan

Bukan senang okay tahan diri untuk tak contact . Sebab
dulu disitulah tempat mengadu . Disitulah berkongsi segala cerita .
Tak kira suka atau duka . Tanpa rahsia satu pun .
Kadang kala bila terpikir ahhhh sedih . Iskk

Masa semakin berlalu pergi

Sedar tak sedar selepas dia tidak ada seorang pun yang
melekat dihati . Semua dianggap teman biasa . Bukan 
nak memilih tapi entahlah . Diri sendiri tak
punya jawapan . Pelik bukan ?

Memang kenkadang betul kata orang
Biarkan someone masuk dalam hati kita dan biarkan
ex pergi jauh dan jauh . Sekaligus kita boleh
lupakan . Tapi itu bukan cara aku lah . 
Tak gentelman lerr . Ehek

Harini aku terasa ada something yang masuk dalam
otak hati dan fikiran . Terbukak mata seluasnya . Eh ?
Tapi jujur kenangan bersama sentiasa datang dalam ingatan .
Kenapa susah sangat nak lupakan -.-

Macam macam cerita antara kami . 8 tahun . Bukan 8 minit !
Dari kecil hingga 
besar . Mungkin kenangan itu cukup diingati
tapi 
masa yang ada tidak cukup untuk aku lupakan
semuanya tu . Tak pernah cukup .

Rasanya kalau diberikan 10 tahun lagi pun belum tentu aku
dapat lupakan siapa dia . Sampaikan aku sendiri tak
sedar dah lama mana break dengan dia . Hm 

Sebab terasa semalam masih dengan dia lagi . Ahai
Semuanya masih segar di ingatan woi .





Nampak tak  kesedihan tu . Macam yang aku cakap
tadi kami dah berpisah . Tapi aku ni stil dengan
kenangan yang ada antara aku dan dia .

Memang betul kata orang . Biar masa menentukan
segalanya . Biar masa pulihkan semuanya .

Bagi aku tak pernah cukup lagi waktu ni nak lupakan dia .
Mungkin perlukan bertahun lagi . Tak pun 2 , 3 bulan
lagi . Siapa tahu kan . Aku pun dah tak mampu
nak ingat semua ni . Harap harap

Apa yang aku mampu buat sekarang senyum 
dan sabar menanti yang sebenar Allah takdirkan untuk
aku . Untuk dia . Semoga bahagia dengan jalan yang anda pilih
dan maafkan saya sebab masih tak mampu melupakan .





Terima kasih untuk segalanya awak .
*senyum*



Assalamualaikum :')










Tuesday, April 23, 2013

HELLOOOOOOOO :D



ASSALAMUALAIKUM 


Ehem ehem setelah lama tak update . Haha
First thing yang wajib tukar of course lah lagu kan kann .
Haaa baru lah freshie . Hiksss


Ada yang kata sekarang aku makin sombong .
Act bukan sengaja lah sombong atau menyombongkan diri .
Tapi dah terlalu sibuk mencari sesuap nasi .


Bukan setakat kerja lagi nak kena diuruskan . Ditambah
pula berpindah rumah dari perumahan ipd ke rumah sendiri
dekat sungai udang . Ye memang area melaka jugak tapi
penat dia . Rasa macam melaka pergi sabah woi .


Ulang alik mengangkat barang tak kira lagi . Kemas 
sana kemas sini . Hoiii boleh patah tulang .
Dah rasa macam iron girl haa . Ulang alik naik kereta .
Angkat barang kebawah keatas . Ek


Bila dah kemas sekemasnya baru laa rasa lega dan
tersenyum . Hebat jugak aku ni . Kahkah
K memang perasan .


Bandan letih gila kottt . Tapi bila pikir balik . Kalau
orang lain boleh kenapa aku tidak . Kan ?
Yeahhhhhh !


And aku dah jarang nak berfacebook sangat . Twitter pon dah
makin kurang . Blog apatah lagi kann . Wechat pun memula
je rasa seronok nak guna . Bila dah lama malas
sebab dengar suara sendiri macam kartoon . HAHAHAHA


Alhamdulillah yang mampu aku katakan . Makin selesa
dan makin seronok dengan kehidupan sekarang .
Semoga semuanya dipermudahkan .
Amin




Tuesday, January 29, 2013

One day .


v
v
v


v
v
v

Kata ustazah saya , pilihlah calon suami yang buat kita ingat Allah .
Jangan hanya dunia semata . Betul betul betul :)


Tapi kadang kala ada jugak yang kata tak semuanya begitu .
Sebab masa bercinta lain . Dah kahwin totally berubah .
Err takunya dengar :o


Don't judge a book by it's cover . Kannn ?


So apa yang kita buat pon kena berhati hati . Supaya
kita tak tersalah langkah . Ya Allah jauhkanlah dari semua tu ~


v
v
v



v
v
v

Dear future husband .
Saya tak sempurna sebab dalam dunia nobody perfect .
Saya akan cuba jadi yang terbaik .


Tapi saya harap awak dapat terima segala kelemahan saya .
Dan awak dapat lengkapkan segalanya .


Mohon awak dapat bimbing saya sampai ke jannah . 
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang
dan DIA yang menuntukan segala .



InsyaAllah :')






Tuesday, January 22, 2013

BFF

v
v
v


v
v
v


HAPPY BIRTHDAY 22TH ASMARYNA KAMARUDIN :)


May Allah bless you 
May your turns was great
I love you and always i do sayang 
BE happy ^^



Monday, January 21, 2013

Kenkadang


Kenkadang
Kita rasa kita bahagia sangat tanpa pedulikan yang lain


Kenkadang
Kita rasa dunia ni hanya kita yang punya


Kenkadang 
Kita tak sedar siapa kawan siapa lawan


Kenkadang
Kita terkeliru dengan hati kita sendiri


Kenkadang
Kita berusaha tapi kita gagal


Kenkadang
Kita terlupa untuk memikirkan yang lebih penting


Kenkadang
Kita ingin kehadapan tapi kita sering undur kebelakang


Kenkadang
Kita sendiri tidak sedar siapa yang lebih kita sayang


Kenkadang 
Kita sendiri tidak tahu siapa yang sayangkan kita


Kenkadang
Kita terasa ingin berhenti dari semua yang kita lakukan .


Dan kenkadang tak semua benda yang kita suka akan terjadi .
Bila sesuatu yang kita tak nak jadi pun akan terjadi . 



Itu semua kuasa dariNya . Tapi walau apa pun kita kena
hadapi semua tu dengan senyuman . 



Sebab dengan senyum saja kita boleh menghalang diri daripada menangis :')





Thursday, January 17, 2013

Smiling

v
v
v


v
v
v

Music is my life . Yeah yeah :D



v
v
v



v
v
v


Are you in love ? Haa ? Haa ?
Ask yourself and ask your heart . Hikhok :p




Wednesday, January 16, 2013

You

v
v
v


*muka penat* hiks :p

v
v
v

Thanks for all . Thanks a lot :)

You make my day . Ahaks ! 13.01.2013 always in memory ~






Thursday, January 10, 2013

Senyum lagi :D




Dalam dunia ni ada benda yang kita tak boleh lupa tapi kita cuba sedaya upaya
untuk lupa . Walau dengan apa cara sekalipun . Kita cuba dan masih terus mencuba .

Berhenti berkata kata . Berhenti merosakkan jiwa . Berhenti semua untuk terus
senyum dan 
ketawa . Ya itu yang akhirnya kita akan pilih kann .




Mungkin emas berlian yang akan diberi . Tapi kadang kala dia tidak sedar bukan itu 
keinginan hati . Berlembutlah selagi boleh . Jujurlah selagi boleh . Sayanglah selagi boleh . 
Jangan pernah cuba untuk menipu . Walaupun sekali . Kerana sakitnya tak siapa tahu .



Saya suka jadi manusia biasa biasa di mata orang lain .
Mereka semua dan saya hanya ingin menjadi insan luar biasa di sisi awak .
Hanya di mata awak wahai future husband . Ikhlas kata dari jiwa .



Throw it away . Away ! Forget yesterday :)





Cinta yang sebenarnya adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih ada
yang peduli terhadapnya . Orang yang bahagia bukanlah mereka yang
selalu mendapatkan apa yang mereka inginkan .




Orang yang paling bahagia adalah mereka yang akan tetap bangkit ketika
mereka jatuh . Bukan sekali mungkin jatuh yang berulang kali . Cubalah
memahami situasi hidup . Bersyukurlah dengan apa yang ada . 
Dan senyum seikhlasnya . Boleh bukan ?



Terbisik satu kata saat ini . Teringat kata kata dari seseorang .



Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
Ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan?
Itu kerana hal terindah di dunia tidak terlihat
*tersenyum*




Saya pernah cuba . Saya pernah mengharap . Saya pernah sedih . Saya masih
mengharap tapi tidak dihargai sepenuhnya . Saya berubah . Saya dihina .
Saya diaib . Saya cuba senyum . Saya cuba kuat . Dan akhirnya
saya move on depan apa yang ada didepan mata .



Kata emak tak mengapa jika dibenci mereka yang tidak kita kenali . Cukup dengan 
adanya mereka yang rapat yang setia dan yang sangat memahami kita .



Lega hati mendengarnya . Thanks mak ! Love you ~



Dan mulai hari itu saya senyum dan teruskan tersenyum .
Alhamdulillah for everything :))










Tuesday, January 8, 2013

Sedikit weird .


v
v
v


v
v
v

Simple but nice right :)


Awak .



Kengkadang terasa rindu sangat dekat awak yang mula2 saya
kenal 8 tahun dulu . Hurmm kenapa ramai cakap people will change 
when world change . Why ? Till now i'm still can't get the answer . Blerghh


Risau tahu ? Risauuuu -.-


Tak sabar nak jumpa awak . Nak tanya awak . Nak tengok mata awak tu .
Barangkali masa tu saya akan rasa berpuas hati . Itu yang saya harapkan .

Hope 13.01.2013 saya akan dapat jawapan yang sepatutnya .
Jangan lupe appointment kite eh . See you !



^_^





Kehidupan .


v
v
v


v
v
v


Cita cita tinggi tapi tak pernah cuba untuk berusaha . kan ?
Tak kan duit jatuh dari langit .
Tidak sesekali rezeki datang bergolek2 kat kita .
Selagi kita tak cari selagi tu tak kan datang .


Pokok pangkal sekarang hati . Jika hati kata ye
better teruskan . Jika ia kata tidak berhenti lah . Kerana
hati kita tak pernah menipu dengan kita . Apa yang kita
rasa semua melalui hati . Haaa


Tengok tengok betapa formalnye bercakap . HAHAHA ~


Semalam tetibe mak tanya kenapa berhenti kerja . Kenapa duk
rumah . 
Saya ? Buat dunno terus lari masuk bilik .
Malas nak jawab soalan mak yang bertubi tubi . Dan
saya tahu mak akan paham kalau saya buat macam tuuu .


Tapi act mak tak berhenti cuba untuk cari jawapan haha
At last saya sendiri cakap . Nak study lah mak . Kan mak suruh
sambung study lagi . Lupe eh ? Lupe eh ?


Mak mesti tahu itu bukan jawapan yang sepatutnya .
Kannnn ? Tapi ape ade hal . Janji mak tak tanye dah . Hehe


And now saya dah pandang masa depan . Start daftar spa8 .
Apply upu . Semuanya hampir setel . Hopefully saya ade
rezeki dimana mana . InsyaAllah ~



Doakan saya eh eh . Thanks :D