.:my sayangs:.

Friday, March 11, 2011

AMARAN KATEGORI KETIGA


AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Ditingkatkan daripada amaran kategori kedua yang dikeluarkan pada pukul 9:37AM, 9 Mac 2011
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian dari 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Mac 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)- Kemaskini


Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, W.P Labuan, Sabah(Pedalaman Pantai Barat dan Kudat), Sarawak (Miri), Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Samui dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Mac 2011.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan dan Terengganu) terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.
Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Sabtu, 12 Mac 2011.


Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini


Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak (Kuching, Mukah dan Bintulu), Sabah(Sandakan), Tioman, Bunguran, Reef South, Sulu dan Phuket dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Mac 2011.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Pahang dan Johor Timur) terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Sabtu, 12 Mac 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN D: NASIHAT ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)


Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di Sabah (Pantai Barat dan Kudat), W.P Labuan, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan bermula pada Rabu, 16 Mac 2011 sehingga Jumaat, 18 Mac 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN E: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini


Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Johor Barat, Johor Timur, Pahang, Tioman, Bunguran dan Reef South dijangka berterusan sehingga malam, Jumaat, 11 Mac 2011.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

YA ALLAH ! japan dilanda tsunami sekali lagi , bila taw berita niy takut sangat2 . kelantan , terengganu , sabah berada dalam amaran angin kencang ! doakan semoga semuanya selamat dan semoga kita semua dilindungi olehNYa . amin
T_T

p/s : sy copy sepenuhnya dari jabatan metrologi malaysia

No comments: