Semalam saya cuba memahami hidup . semalam saya faham bahawa kita perlu
waktu yang lama untuk memahami hidup . perlu banyak kejadian dalam hidup .
perlu banyak air mata , keringat , darah untuk memahami banyak tentang hidup
tapi saya agak kurang faham kenapa kita perlu wujud perasaan iri terhadap
kebahagiaan orang lain dan perlu wujud sikap terlalu terburu-buru
menghakimi hidup . kenapa ?
Setiap kita rupanya wujud dengan cara berbeza . tidak kah anda perasan itu ?
manusia telah diwujudkan berbeza oleh Allah tetapi itu bukanlah cara untuk
kita 'judge' orang lain sesuka hati . bukan !
Pendapat saya bukan semua benda kita kena cerita dan tak semua benda
orang patut tahu tapi saya ni kadang masalah jugak sebab saya terlalu suka
berahsia . niat saya cuma tak mahu menyakiti . saya cuba sedaya upaya
untuk menjaga hati sekeliling walau saya tahu biasanya saya sendiri akan
tanggung sakit sendiri . tapi saya sedar saya cuma manusia biasa yang
tak lari dari melakukan salah , yang mana saya tanpa sedar akan menyakiti
yang lain . dan mereka sentiasa bersabar dengan sikap degilnya saya .
Itulah sebab orang kata disebalik kekurangan satu sama lain wujudnya
perkongsian . pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi cuma kita sebagai
manusia kurang sabar untuk mengetahuinya . kerana itu kita sendiri telah
memberi dan membuat sesuatu yang diluar jangkaan lain . bagi saya
teruskan hidup dan senyum . kerana senyum penawar segala-galanya .
percayalah sayang :D
.
.
.
teruskan langkah melupakan ^^
No comments:
Post a Comment